advertlets

Thursday, September 22, 2011

Jom Bina Badan Dengan Langkah Mudah

Senaman amat perlu bagi menyihatkan badan dan digalakkan untuk melakukan secara berkala.

Ade beberapa langkah yang boleh membantu kita membina badan yang sehat dan berotot. Gambar gambar di bawah mungkin boleh membantu,tapi maaf sebab gambar tak berkualiti.
























harap kita sama sama cuba..maaf sebab gambar tak jelas sangat.

Monday, May 30, 2011

(DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE)

LONDON: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola menyifatkan dia bertuah dapat melatih pemain sehebat Lionel Messi dan Xabi yang membolehkan kelab itu mengecap kegemilangan menjuarai Liga Juara-Juara sekali lagi di Wembley, awal pagi semalam.

Guardiola yang pernah menjadi pemain Barcelona ketika membantu kelab itu menjuarai Piala Eropah kali pertama di Wembley pada 1992, dengan mudah merencanakan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United dan mengutip kejuaraan kali kedua sebagai pengurus.
“Saya sebenarnya bertuah kerana memiliki pemain seperti mereka,” kata Guardiola selepas gol Pedro, Messi dan David Villa memastikan kejuaraan kali kedua dalam tempoh tiga musim.

“Saya tidak rasa seperti bos mereka. Sebenarnya ramai yang bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan saya berterima kasih kepada semua,” kata Guardiola sambil mengesahkan dia akan kekal di Nou Camp untuk sekurang-kurangnya semusim lagi.

Sepanjang permainan, Barca mempamer permainan kemas, pantas dan menghiburkan untuk menenggelamkan kehebatan Man United bimbingan Alex Ferguson, sekalipun tercetus cakap-cakap kononnya ia bakal menjadi pentas terakhir Guardiola selepas dikaitkan dengan kerusi panas di Chelsea.

Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Messi yang menjaringkan gol kedua - menyinar di sepanjang 90 minit saingan itu dan Guardiola mengakui, dia mungkin sukar mendapat pemain sehebat mereka jika berpindah kelab.

“Jurulatih bergantung kepada pemainnya. Saya cukup bertuah mempunyai pemain seperti mereka. Memang saya gembira tetapi ia bukanlah satu tugas mudah,” katanya yang kini mengumpul 10 kejuaraan termasuk dua Liga Juara-Juara sejak tiga tahun memegang tugas di kelab yang pernah diwakilinya selama 17 tahun ketika bergelar pemain. – Agensi



Jurulatih Barca akui tugas membenam United jadi lebih mudah kerana Messi, Xabi